Photographer Student : Bab 1 - Welcome Malaysia!
     Posted on Sunday, 30 June 2013 at 05:51 | 0 comment(s)   "Assalamualaikum Arfinah! Rindunya dengan awak. Bila sampai ke Malaysia?" Syafyna menegur Arfinah. Arfinah baru sahaja pulang dari kota fesyen, Paris. Arfinah mengikut ayahnya yang mengambil kursus di Paris. Syafyna ialah jiran dan sahabat Arfinah. "Waalaikumsalam Syaf. Baru sahaja balik malam semalam.Saya pun rindu awak." Arfinah dan Syafina berpelukan.
"Best tinggal disana?" Syaf merenung wajah Arfinah yang berketurunan barat itu. "hmmm... Bolehlah.Tapi kota di Paris tidak sebersih negara kita ini. Disana kotor!" Arfinah mengeluarkan sebuah kamera Nikon miliknya dari beg tangannya. "Cuba awak tengok gambar ini. Bandar disana kotor." Syaf memanjangkan lehernya untuk melihat gambar yang ditunjukkan oleh Arfinah. "Haahlah... Semua gambar ini, awak yang tangkapkah?" Syaf bertanya kepada Arfinah. Arfinah mengangguk dengan cepat. "Cantiklah semua gambar yang awak ambil ini! Seperti photographer girl sahaja." Syaf memuji gambar-gambar yang diambil oleh Arfinah. "Alah... Biasa sahaja." Arfinah merendah diri. Walaupun Arfinah dibesarkan oleh keluarga berada, dia tidak pernah meninggi diri. Dia sudi berkawan dengan siapa-siapa.
"Syaf!" Nia berlari kearah mereka sambil menjerit nama Syaf. "Hai Nia. Ini jiran saya, Arfinah Bella binti Datuk Azmin. Dia baru sahaja balik dari Paris. " Syaf mengenalkan Arfinah kepada Nia. "Hai Arfinah, nama saya Nia Haina binti Datuk Razzali. Panggilan mesra ialah Nia." Nia mengenalkan dirinya kepada Arfinah. "Seperti yang Syaf beritahu, nama saya Arfinah. Panggil sahaja Arfinah" Arfinah terseyum lebar kearah Nia.
"Arfinah, nanti awak sekolah dimana?" Syaf tertanya-tanya.
"Nanti saya bersekolah di Sekolah Tropic Height."
"Wah! Samalah dengan kami. Bolehlah kita bertiga menjadi geng."
"Saya setuju dengan cadangan Nia."
"Boleh sahaja, apa salahnya."
"Eh, sudah hampir maghrib lah . Marilah balik, nanti mama saya marah pula." Arfinah merenung kearah jam tangannya yang ada icon Paris ditengahnya. "Baiklah. Bye... Jumpa kamu berdua esok!" Nia berlari sambil melambaikan tangannya yang kurus. "Bye..." jawab Arfinah dan Syaf serentak. Mereka pun balik kerumah masing-masing.
Credit
Template      :  Leyna Lim
Editor           :  Hebakamnur
Best view     :  Google Chrome
Online          :  
Pageviews    :   |
0 Comments:
Post a Comment