Photographer Student
Novel Penulis Kandungan Link Pesanan Follow Dash

  Photographer Student : Bab 2 - Zariq, Zareq & Ikmal
     Posted on Wednesday, 17 July 2013 at 03:24 | 0 comment(s)  


Arfinah merenung kearah kamera berjenama Niccon miliknya. Kamera itu ialah pemberian sahabatnya di Paris iaitu Jannet. Memang menangkap gambar ialah hobi Arfinah dan Jannet. Mereka pernah dipuji kecantikan gambar yang mereka tangkap oleh seorang photographer. "I wish I have someone hwo..." lagu Spring Love yang dinyanyikan oleh Big Baby Driver berbunyi. Arfinah mengambil telefon bimbitnya dan menekan punat hijau.

"Assalamualaikum. Kenapa Syaf?"

"..."

"Baiklah. Saya segera kesana."

"..."

"Bye... Assalamualaikum."

"..."

   Arfinah pergi ke ruang tamu untuk bertemu dengan Datin Shahayiah iaitu ibu kandungnya. Arfinah meminta izin untuk kerumah Syaf yang terletak selang beberapa rumah sahaja. Setelah mendapat lampu hijau dari ibunya. Dia segera mencapai beg tangannya dan menunggang basikal kerumah Syaf.

                                                                              --

"Kenapa awak jemput saya kesini, Syaf?" tanya Arfinah dengan hairan. "Saya mahu kenalkan awak dengan rakan-rakan saya. Sekejap lagi sampailah mereka." jawab Syaf sambil menghidangkan jus berperisa oren.

Beberapa minit kemudian...

   "Assalamualaikum... Syaf!" kedengaran suara orang memberi salam. "Waalaikumsalam. Jemputlah masuk." jerit Syaf. Syaf mengambil alat kawalan dan menekan punat hijau. Dengan automatik pintu pagar rumah Syaf terbuka. Nia dan tiga orang budak lelaki memasuki rumah Syaf.

   Arfinah hanya memandang wajah ketiga-tiga budak lelaki itu. Kembar! Ia, itulah yang bermain difikiran Arfinah. "Ada apa awak ajak kami kesini, Syaf?" tanya seorang budak lelaki. "Saja... Mahu meluangkan masa. Lagipun, kita ada kawan baru! Nama dia Arfinah. Dia baru sahaja pindah dari kota feshen iaitu Paris." Ketiga-tiga budak lelaki itu memandang tepat kearah muka Arfinah. Arfinah hanya tersenyum,

   "Assalamualaikum semua. Nama saya Arfinah Bella binti Datuk Azmin. Panggilan mesra ialah Arfinah." Arfinah memperkenalkan dirinya. Tiga budak lelaki itu hanya mengangguk.

   "Nama saya Zariq Haikal bin Datuk Muzamir dan ini kembar saya, Zareeq Haikal bin Datuk Muzamir. Yang berbaju coklat ini pula bernama Ikmal Adham bin Datuk Sulaiman." Zariq menjadi wakil lelaki disitu. "Baiklah kita sudah berkenal-kenalan. Jadi, mari kita makan dahulu!" Syaf mengajak mereka untuk menikmati juadah yang disediakan oleh Mak Husna, bibik Syaf.

                                                                            --

   "Selamat datang ke Sekolah Tropic Height. Saya ialah Puan Aminah binti Abdullah, guru kelas kamu yang baru. Mari saya bawa kamu kekelas kamu." Cikgu Aminah selaku guru kelas 3 Afektif membawa Arfinah ke kelas 3 Afektif.

   "Bangun kelas!" kedengaran suara lantang Ikmal Adham selaku ketua kelas 3 Afektif. "Assalamualaikum cikgu." selesai Ikmal memberi ucapan, Cikgu Aminah menyuruh seisi kelas duduk. Ikmal Adham memang seorang ketua kelas yang bertanggungjawab. Sebenarnya, pada awal tahun seisi kelas sudah membuat undian ketua kelas dan pemenangnya adalah Upih Ipih. Tetapi, dia telah diberhentikan sebagai ketua kelas kerana bersikap kebudak-budakkan! Hampir semua perkara sama dengan cerita animasi Upin & Ipin Dan Kawan-kawan. Apabila guru masuk, ucapan Assalamualaikum seperti gaya Ehsan! Sudahlah cikgu yang masuk ialah cikgu 'Singa Betina' iaitu Cikgu Amni. Didenda seisi kelas disebabkan hal itu.

   "Baiklah, hari ini kita ada pelajar baru yang bernama Arfinah. Arfinah, kenalkan diri kamu." ujar Cikgu Aminah. Arfinah yang agak pemalu mengeluarkan suaranya. "Assalamualaikum. Nama saya Arfinah Bella binti Datuk Azmin. Gembira dapat bertemu kalian." semua pelajar kelas 3 Afektif merenung tajam muka Arfinah yang putih melepak itu.

   "Arfinah baru mengikuti ayahnya pulang ke Malaysia. Sebenarnya, dia tinggal di Paris. Tetapi telah mengikut ayahnya ke sini. Arfinah, kamu boleh duduk disebelah Nia." Cikgu Aminah bersuara. Arfinah yang memakai beg berjenama Adidas segera ke kerusi kosong disebelah Nia. Dia gembira kerana Cikgu Aminah telah menempatkannya disitu.

   "Dapat pun saya duduk disebelah awak. Tidaklah saya keseorangan." Nia menguntumkan senyuman yang mekar ke Arfinah. "Heheheh... Saya pun gembira. Dapatlah kita berkongsi ilmu." jawab Arfinah.

   "Cuba awak tengok si budak baru itu. Saya tidak sukalah! Mentang-mentanglah duduk di Paris, semua orang memerhatikan dia." rungut Tengku Mia Sara Nasiha binti Datuk Nor Azman. Tengku Mia ialah perempuan paling diva dan popular disekolahnya. Ayahnya ialah penyumbang besar bagi PIBG Sekolah Tropic Height. Dia juga ketua kumpulan paling popular iaitu The SwittGirl. "Haahlah. Dia pun anak datuk kan, tapi saya tengok gaya dia biasa-biasa sahaja. Bukan seperti kita, lebih bergaya, anggun , popular!" Wida membalas kata Tengku Mia dengan gediknya. Ahli The SwittGirl yang lain hanya mengangguk perlahan tanda setuju dengan kata-kata Wida. Tengku Mia hanya memberi jelingan maut ke Arfinah. Tanda tidak puas dihatinya masih ada.

                                                                       --

   "Zareeq, Zariq!" laung Ikmal dari belakang. Kelihatan Ikmal sedang mengejar mereka berdua. "Awak tahu kan budak baru itu?" tanya Ikmal kepada mereka." Tentulah tahu, bukankah saya yang mengenalkan kita semua kepadanya?" jawab Zariq dengan selamba. "Dia cantik bukan?" Ikmal berkata dengan spontan. "Eh, kawan kita yang seorang ini sudah kena penanah hati ke?" Zareq mengejek Ikmal. Sudah sah-sah yang Ikmal menyukai Arfinah. Sebenarnya, bukan Ikmal sahaja. Malah, Zariq juga menyukai Arfinah!

   "Mana adalah! Bila masa aku suka Arfinah?" Ikmal menafikan hatinya. "Tengok muka saja sudah tahulah!" Zareq menjelirkan lidahnya ke Ikmal. "Ikmal suka Arfinah?" tiba-tiba sahaja suara Syaf muncul dari belakang. Mereka bertiga menoleh kebelakang. Ada Syaf, Nia, dan Arfinah! Ikmal sudah mahu pitam sahaja.

   "Apalah awak semua ini. Kita kan masih kecil lagi. Mana boleh bercinta!" Syaf sudah menjadi ustazah melayu terakhir! Itulah sikap Syaf yang disegani ramai. Jikalau mereka melakukan perkara yang bertentangan dengan agama, tentu Syaf menasihati mereka. "Erk! Mana ada. Kami gurau saja. Kan Zareq?" Ikmal sudah berselindung. Mahu sahaja dia sembunyi bawah selimut.

   "Err... Entahlah. Hehehehe..." Zareeq tidak memberitahu perkara yang sebenar. "Sudahlah! Saya mahu pulang. Petang ini kita ulangkaji di taman sekolah iya." Nia sudah tidak tahan dengan mereka. "Saya setuju!" kata Arfinah. Dia sebenarnya mahu sahaja berlari pulang kerumah kerana malu. Malu-malu kucinglah katanya.

   Syaf juga mengangguk. "Okey." jawabnya pendek. "Nia, Syaf. Awak berdua mahu menumpang kereta saya?" tanya Arfinah. "Mmm... Tidak mengapalah. Lagipun sudah lewat ini." Nia merenung tajam jam tangannya. Tiga lelaki yang telah disumpah menjadi batu terus berkata. "Bye..." Mereka berlari sepantas Super 3G, watak novel Ain Maisarah. Arfinah, Syaf, dan Nia mula berpecah kehaluan masing-masing.

Paris | via Tumblr





0 Comments:

Post a Comment



Credit
Template      :  Leyna Lim
Editor           :  Hebakamnur
Best view     :  Google Chrome
Online          :  
Pageviews    :