Photographer Student
Novel Penulis Kandungan Link Pesanan Follow Dash

  Photographer Student : Bab 4 - Misi The SwittGirl
     Posted on Friday, 16 August 2013 at 19:43 | 0 comment(s)  


Nia memandang sayu sekeping kertas yang dipegangnya. "Kenapa aku yang dapat! Kenapa aku juga!" Nia membaling jam loceng yang berada di atas meja belajarnya. Habis bertaburan komponen-komponen jam loceng di atas lantai.

   Ibunya yang terdengar bunyi jam loceng pecah segera pergi ke bilik Nia yang berada di tingkat dua. "Astaghfirullah Nia! Kenapa jadi macam ini?" Datin Hayani terkejut melihat keadaan Nia. Dia sudah tahu puncanya apabila melihat Nia memegang sekeping kertas.

   Kertas itu ialah kertas kesihatan Nia. Nia yang selama ini kelihatan ceria sebenarnya mempunyai rahsia. Rahsia yang melibatkan soal hidup dan mati. Nia sebenarnya mempunyai penyakit lemah jantung sejak kecil lagi. Hanya keluarga dan saudara-maranya yang tahu tentang penyakit Nia. Rakan-rakannya terutama Syaf dan Arfinah tidak tahu tentang penyakit Nia ini.

   Ibunya memeluk Nia. Keadaan kesihatan Nia sudah kritikal! Nia di jangka akan menghembuskan nafas terakhirnya bila-bila masa sahaja. Keluarganya turut bersedih akan keadaan Nia.

   "Ini sudah ketentuan Ilahi, Nia. Ibu juga sedih ketika mendengar apa yang doktor katakan. Tapi, ini ketentuan Ilahi. Kita hanya perlu berusaha."

   "Tapi ibu, kenapa Nia juga? Kenapa Nia yang perlu menghadapi semua ini?" perlahan-lahan butir-butir halus air matanya menitis terus ke pipinya. "Ibu juga tidak mahu semua ini." ibunya turut menitiskan air mata. Kini dua anak-beranak itu menangis dan berpelukan sesama sendiri...

--

"Okey, ini senarai rancangan sabotaj yang kita akan jalankan kepada kumpulan Arfinah dan kumpulannya yang geek itu." Tengku Mia mengeluarkan selembar kertas A4 yang bewarna merah jambu.

To Do List Sabotage things!
1. Mengupah seorang murid untuk mencari maklumat dan rancangan kumpulan Arfinah untuk pertandingan "Photographer Student Contest".
2. Mensabotaj gambar yang mereka tangkap. Jadikannya tidak berkualiti, tidak jelas, dan sebagainya.
3. Melambatkan kerja mereka/ menghalang.
4. Memperdayakan Cikgu Rozhita Che Whan dengan memberitahu Cikgu Rozhita yang gambar kumpulan Arfinah adalah bukan gambar yang ditangkap oleh mereka.
5. Pastikan mereka tidak akan berjaya!
   Selesai The SwittGirl membaca kertas To Do List Sabotage Things itu, Adriana Hakilah atau nama singkatnya Riana bersuara. "Mia, saya hendak tanya tentang rancangan sabotaj ini. Why we have to do it? Tidak semestinya mereka akan menang bukan?"

   Mia menjawab dengan tenang. "Memang mereka tidak semestinya menang. Tetapi, saya pernah singgah di rumah Arfinah. Ibu bapa saya dan ibu bapa Arfinah ialah kenalan. Sewaktu itu ibu dan bapa saya datang ke rumah Arfinah untuk berbincang tentang syarikat mereka. Ketika itu Arfinah tiada di rumah. Dia sedang berada di rumah Syafyna. Saya ternampak sebuah kamera di atas meja. I take it an look the picture. Gambar-gambarnya sangat cantik! Ibu Arfinah ataupun Datin Shahayiah berkata yang gambar-gambar itu di ambil oleh Arfinah sendiri. That's why we have to sabotage Arfinah group!"

   The SwittGirl mengangguk serentak. Syaitan sudah mula membisikkan sesuatu yang jahat ke The SwittGirl/

--

  'We were both young when I was saw you. I close my eyes and the flashback start. I'm standing...'
Lagu Love Story yang dinyanyikan oleh Taylor Swift memecahkan kesunyian rumah Nia. Nia yang sedang menyapu sampah segera mendapatkan telefon bimbitnya.

   "..."

   "Waalaikumsalam Arfinah. Kenapa?"

   "..."

   "Baiklah. Saya datang nanti."

   "..."

   " Waalaikumsalam. Bye..."

   Nia menekan punat merah. Dia mengambil beg tangannya yang bewarna biru laut. Dia memasukkan telefon bimbitnya, buku nota, pen bewarna-warni, dan barang keperluannya yang lain. Dia menyudahkan tugasan menyapu sampah. Walaupun Nia mempunyai pembantu rumah, dia tetap berkeras mahu menyapu sampah. Nia ialah gadis yang rajin. Dia memakai pakaian serba biru laut. Dia memang penggemar warna biru laut. 

--
Di rumah Syaf...

"Jadi, hari ini kita akan berbincang untuk pertandingan Photographer Student Contest. Semua sudah datang?" Syaf memulakan bicaranya. "Belum. Ikmal belum datang lagi." kata Nia dan Zariq serentak. 

   Apabila menyedari yang seluruh kumpulan memandang mereka, mereka sudah merah-merah mukanya. "Manalah Ikmal ini." Syaf merungut sendirian. "Assalamualaikum!" kedengaran suara seorang lelaki memberi salam. 

   "Hissh kau ini. Kenapa lambat. Nasib baik janggut aku tidak tumbuh semasa menunggu kau." Zareeq memuncungkan mulutnya. Sudah seperti perempuan pula.

   "Maaflah. Tadi aku tertidurlah." jawab Ikmal selamba. "Hmm... Baiklah. Kita mulakan perbincangan. Kita akan menyeneraikan senarai perkara yang  kita perlu buat. Selepas itu, kita akan membahagikan tugasan." Syaf memberi arahan. 

   Selepas 15 minit mereka berbincang. Mereka sudah menerima kata sepakat. 

To Do List for Photographer Student Contest  
1. Cari maklumat tentang tip-tip menangkap gambar yang cantik.
2. Download aplikasi untuk effect gambar. Penting!
3. Mengadakan perjumpaan kumpulan pada hari Selasa, Khamis, dan Sabtu.
4. Gambar mesti diserahkan kepada yang bertugas pada tiga minggu sebelum tarikh tutup pertandingan.
5. Gambar mesti diserahkan kepada guru yang bertugas dengan segera.
6. Meminta Kak Eira (kakak Ikmal) untuk menilai gambar yang telah diambil.


    "Siapa yang akan membahagikan tugasan?" tanya Zariq. "Kita tentukan dahulu carta organisasi kumpulan," jawab Syaf.

Carta Organisasi
Ketua: Syafyna Maira binti Dato' Saidina Abidin
Penolong: Ikmal Adham bin Dato' Sulaiman
Setiausaha: Zariq Haikal bin Dato' Muzamir
Bendahari: Arfinah Bella binti Dato' Azmin
AJK: Nia Haina binti Dato' Razzali dan Zareeq Haikal bin Dato' Muzamir

   "Ini carta organisasi kita. Setuju?" kata Zariq. "Setuju!" satu kumpulan memberi kata sepakat. "Tetapi, kenapa aku juga yang perlu menjadi ketua?" Syaf menjawab. "Memanglah, kau sahaja yang mempunyai sifat bertanggungjawab, amanah, dan berkaliber." Zariq berkata dengan penuh semangat. "Okey..." jawab Syaf perlahan tetapi tajam di dengari oleh setiap ahli kumpulannya.

   Nia mengangkat tangannya tanda ingin mengajukan soalan. "Bagaimana pula dengan nama kumpulan?" Nia memberi tanda soal. "Hmm... Sesiapa ada cadangan?" tanya Syaf.

   Zareeq mengangkat tangannya. "Kalau The Normal Students?" Ikmal membantah.

   "Hishh... Mana boleh. Itukan nama salah satu kumpulan di Sekolah Alam Cahaya!"

   "Oh yeke? Maaf, maaf." Zareeq mengalah.

   "Saya rasa kita fikirkan nantilah tentang nama kumpulan. Tentang tugas pula, saya serahkan kepada Ikmal untuk membahagikan tugasan. Esok, kita akan bincang lagi di..." belum sempat Syaf menyambung ayatnya, Nia mencelah.

   "Di Pizzahut! Esok ibu saya ajak kamu semua makan tengahari di Pizzahut. Jangan risau, ibu saya yang akan sponsore semua." seluruh kumpulan bersorak. "Yeay!"

   Zareeq menyambung. "Scooby dooby doo!" seisi rumah tergelak.

   "Alamak, sudah hampir pukul 7 malamlah! Jom balik."

   "Haahlah! Assalamualaikum, bye."

   "Waalaikumsalam, bye."

   Semua menuju ke rumah tercinta masing-masing.

   'Mungkin inilah kali terakhir aku boleh bersuka-ria dengan mereka...' kata Nia di dalam hatinya. "Nia! Tunggulah saya." jerit Arfinah dari belakang. "Maaflah. Saya tidak sedar pula saya tertinggalkan awak. Hehehe..."

 

 

   





0 Comments:

Post a Comment



Credit
Template      :  Leyna Lim
Editor           :  Hebakamnur
Best view     :  Google Chrome
Online          :  
Pageviews    :