Photographer Student
Novel Penulis Kandungan Link Pesanan Follow Dash

  Photographer Student : Bab 5 - Perisik Upahan?
     Posted on Sunday, 3 November 2013 at 18:07 | 0 comment(s)  


   "Huarghh... Mengantuknya" Arfinah mengeliat sendiri. Dia mengambil jam locengnya yang berada di laci sebelah tilamnya. "Hah! Sudah pukul 12 tengahari? Alamak!" Afinah terkejut kerana jam loceng tersebut telah menunjukkan angka 12 tepat.

   Dia segera mengambil tuala dan mandi dengan sepantas kilat. Dia telah berjanji bersama rakan-rakannya untuk pergi ke Pizzahut bagi berbincang untuk pembahagian tugas. Setelah 3 minit berlalu... (amboi cepatnya mandi!) Dia pun selesai mandi.

Sementara di Pizzahut...

   "Hissh... Mana Arfinah ini? Lambatnya dia." dengus Zareeq. "Relaxlah Zareeq, sekejap lagi dia sampailah." jawab Nia. 

   Setelah beberapa minit menunggu, akhirnya Arfinah sampai juga di destinasi yang ingin dituju. "Hah, panjang umur awak." spontan Zareeq berkata. "Hehehe... Maaflah. Tadi saya terlambat bangun." Arfinah meminta maaf. "Hmm... Iyalah." kata Zareeq.

   "Okey, sekarang kita mahu berbincang ataupun makan dahulu?" "Berbincang!" "Makan!" 

   "Nampaknya ramai yang memilih untuk makan tetapi saya rasa lebih baik kita berbincang dahulu." kata Syaf. "Baiklah." jawab mereka semua. 

Setengah jam berlalu...

  " Baiklah, nampaknya kita sudah ada keputusan untuk tema foto kumpulan kita. Temanya ialah "Vintage"." kata Syaf. Keputusan itu diterima sebulat suara oleh semua ahli kumpulan. Zariq berkata. "Bagaimana pula dengan tugasan?"

   "Jangan risau, saya sudah siapkan pembahagian tugasan untuk kumpulan kita." jawab Ikmal dengan spontan. Ikmal mengambil sekeping manila kad yang bewarna biru dan didamparkan ke atas meja.


Tugas-tugasan
Syaf      Menyediakan peralatan menangkap gambar.
Zariq     Seperti: Kamera, model, dan sebagainya
Ikmal     Mencari strategi untuk menangkap gambar.
Nia        Pencarian di: Internet, jurugambar, kak Eira, dan lain-lain
Arfinah   Mencari software-software yang boleh mencantikkan gambar di komputer, mencuci gambar yang
Zareeq    telah ditangkap, mengedit apa yang perlu digambar tersebut
   
   Selesai membaca tugasan tersebut, Ikmal berkata. "Semua setuju?"

   "Setuju!"

--

Manakala di rumah Tengku Mia...

   "Saya sudah mendapatkan beberapa calon untuk menjadi perisik upahan." kata Suraya Hina atau nama pendeknya, Aya. "Baiklah, bagus. Siapakah calon-calon tersebut? Berapa orang?" tanya Tengku Mia.

   "Ini butiran mereka." Aya mengambil buku nota merah jambunya.


Calon-calon Perisik Upahan
1. Ahmad Haiqmal bin Ahmad HairhamKelas: 3 Transform
2. Emilya Darwinah binti Dato' Engku RazilKelas: 3 Afektif
3. Sayara Hina binti MuzhaiminKelas: 2 Transform

   Setelah beberapa minit Tengku Mia meniliti butiran tersebut, Tengku Mia berkata. "Saya rasa, kita patut memilih 2 orang sahaja untuk menjadi perisik upahan. Saya memilih Emilya Darwinah kerana dia berada di kelas yang sama dengan Arfinah dan kumpulannya yang geek itu dan Sayara Hina." 

   Keputusan Tengku Mia dipersetujui oleh semua ahli kumpulan. 

   "Aya, nanti awak berbincang dengan Emilya dan Sayara mengenai tawaran ini. Saya akan memberi mereka RM100 jika mereka berjaya mengumpulkan maklumat yang tepat." Aya hanya mengangguk seperti burung belatuk.

   "Mmm... Bagaimana pula dengan persediaan kumpulan kita? Bukankah kita juga menyertai Photographer Student Contest? Kita belum lagi berbincang mengenai pertandingan ini." bertalu-talu soalan yang ditanya oleh Wida Hemilda atau singkatannya, Wida. 

   "Perkara itu kita jangan fikirkan. Kita hanya duduk goyang kaki sahaja. Jangan risau, saya akan mengupah seseorang untuk menjadi jurugambar kita. Biar dia sahaja yang tolong menangkapkan gambar untuk pertandingan itu. Kemudian, dia akan memberi kita gambar yang ditangkap olehnya." jawab Tengku Mia dengan senyuman lebar.

--

Keesokan harinya...

   "Test 1, test... Test... Okey. Assalamualaikum semua, kepada sesiapa yang berminat menyertai Photographer Student Contest, sila hantarkan butiran seperti berikut kepada Cikgu Rozhita Che Whan.

Nama ketua kumpulan:
Ahli:
Kelas:
Tema:
Warna tema:
  
   Sekian terima kasih." pengunguman yang dibuat oleh Puan Hanna Rohana membuatkan semua murid Sekolah Tropic Height berlumba-lumba untuk menulis butiran tersebut untuk dihantar kepada Cikgu Rozhita Che Whan dengan secepat mungkin.

   Di bilik guru, Cikgu Rozhita dikerumuni oleh pelajar-pelajar yang ingin menghantar butiran kumpulan mereka. 'Fuh, terasa seperti selebriti pula aku ini.'  kata hati Cikgu Rozhita. Cikgu Rozhita selalu berangan untuk menjadi selebriti terkemuka di tanah Malaysia ini. Ish...Ish...Ish...

   





0 Comments:

Post a Comment



Credit
Template      :  Leyna Lim
Editor           :  Hebakamnur
Best view     :  Google Chrome
Online          :  
Pageviews    :