Bab 6 - Maklumat terbongkar
     Posted on Friday, 4 April 2014 at 04:35 | 0 comment(s)   'There I was again tonight Forcing laughter, faking smiles Same old tired lonely place...'
Telefon bimbit Tengku Mia mengeluarkan lagu 'Enchanted' yang dinyanyikan oleh Taylor Swift. Tengku Mia yang sedang asyik menonton program realiti tentang kehidupan Harry Style mendengus. 'Siapalah yang menyibuk aku waktu pagi-pagi begini. Hish...' Tengku Mia mencapai telefon bimbitnya yang berwarna merah jambu terang.
'Aya Eiya'
Itulah nama yang tertera di skrin telefon bimbit Tengku Mia yang jernih macam kaca! Mungkin Tengku Mia selalu membuat rawatan pada telefon bimbitnya! Tiada calar langsung!
''Hello Miya.''
''Hello Aya... Kenapa awak call saya pagi-pagi buta ini? Saya nak tonton rancangan Harry Style pun tidak sempat!''
"Maaflah saya mengganggu awak. Tetapi saya ada maklumat penting!"
"Apa maklumatnya?" "Emilya dan Sayara sudah setuju untuk menjadi 'perisik upahan'. Lagipun, mereka juga tidak menyukai Arfinah. Mereka akan memberi maklumat tentang 'kumpulan GEEK' itu esok."
"Okay... Bagus. Tentu mereka tidak akan menang! Suruh Emy dan Say (memandai sahaja memendekkan nama orang -_-) berjumpa dengan kita semua di Secret Recipe Tropic Height"
"Okay... Bye'' "Bye." Tengku Mia menekan butang end call. Dia memberi sekuntum senyuman. Bukan senyuman manis tetapi senyuman jahat...
--
Misi Emilya dan Sayara "Kak Mil, cuba cari di bawah laci meja Syafyna." bisik Say perlahan. Emilya terus menuju ke meja Syaf. "Aha! Jumpa pun." Emilya menjerit dengan gembiranya. "Kak Mil, jangan jeritlah. Nanti kalau pengawal keselamatan jumpa kita berdua... Habislah kita!" Say berbisik kepada Emilya. "Ops! Maaflah Say. Hihihi... Yang penting, maklumat tentang kumpulan Syaf sudah ditemui." Emilya tersenyum licik. Iya, licik seperti kijang. 'RM100 akan menjadi milik aku! Dapat juga dilayan baik oleh The Swittgirl!' detis hati Say dan Emilya serentak. Kini, segala-galanya berada di tangan mereka. Segalanya...
--
'Ting...tong...' bunyi loceng rumah Arfinah berbunyi dengan kuat. Arfinah yang sedang asyik membaca buku novel karya Kak Ain Maisarah yang berjudul "Aku Mahu Jadi Hijabistar" tersentak. Arfinah mencapai tudung merah jambu dan memakainya.
"Eh, Syaf. Kenapa tidak beritahu yang awak mahu datang ke sini?" Arfinah bertanya kepada Syaf. "Maaflah. Saya tidak sempat mahu beritahu. Sebenarnya, saya ingin meminta awak untuk temankan saya ke sekolah sebentar. Buku rancangan photographer kumpulan kita tertinggal di bawah meja saya."
"Ooo... Baiklah. Masuklah dulu ke dalam rumah saya yang 'blue pink' ini! Heheheheh... Saya mahu bersiap dulu."
"Baiklah..."
--
Setibanya mereka di Sekolah Tropic Height... "Eh Arfinah, buku itu tiadalah!" Syaf terkejut. Arfinah segera menuju ke meja Syaf. Dia membantu Syaf mencari buku tersebut kerana Syaf bukanlah orang yang boleh diharap sangat dalam bab mencari! Kalau mencari benda, tentu dicarinya hanya sekilas pandang. ''Hmm... Tiadalah." Arfinah akhirnya mengalah. "Saya rasa Zariq ada salinan. Dia kan setiausaha." kata Syaf dengan penuh harapan. "Mungkin juga... Saya telefon Zariq dululah..." Arfinah mencari telefon bimbitnya di dalam beg tangan merah jambunya. Akhirnya, dia menjumpai telefon bimbitnya. Setelah beberapa minit... "Alhamdulillah... Zariq ada salinannya. Hari Isnin nanti dia beri kepada kita berdua." wajah Syaf yang sedih akhirnya kembali berseri seperti bunga apabila mendengar penjelasan Arfinah. Mereka pulang ke rumah dengan hati yang gembira. Oh ya, sebelum pulang kerumah, mereka mampir membeli air Cool Blog bagi menghilangkan kehausan!
--
Keesokan harinya di Secret Recipe... "Girls, itu Emy dan Say. Mereka sedang menuju ke sini." teguran Aya membuatkan ahli The SwittGirl yang sedang ralit bermain dengan aplikasi di telephone bimbit mendongakkan muka mereka. Kelibat dua orang gadis kelihatan juga. Emilya dan Say tampil bergaya dengan mengenakan exclusive sunglasses dan berpakaian serba merah jambu terang. "Which one is Emy and Say?" dengan angkuhnya, Tengku Mia bertanya. Siap speaking lagi! Tiada langsung sapaan mesra dari dia. Apalagi perkataan 'Assalamualaikum' ataupun 'Hello'. " Hah? Emy? Siapa Emy?" Emilya menunjukkan respon hairannya. Melihat keadaan itu, Aya berkata, "Yang ini Emy dan yang itu pula Say. Emilya, untuk menyenangkan kami untuk memanggil awak, kami panggil awak dengan nama 'Emy' ya." Emy dan Say hanya tersenyum mendengar penjelasan itu. Tanpa diketahui, jauh di sudut hati mereka, mereka berasa meluat dengan Tengku Mia yang angkuh. Ditambah lagi dengan 'nama timangan baru' Emy. "So, where is the information?" Tengku Mia yang bosan menunggu segera bertanya... Sekali lagi, dengan bahasa asing (bukan bahasa alien ye!). Say segera mengeluarkan buku maklumat kumpulan Arfinah. Tengku Mia terus sahaja merampas buku tersebut dengan gaya acuh tidak acuh. Buku tersebut segera diselaknya. Photographer Student Contest: CARTA ORGANISASI:- Ketua: Syafyna Penolong: Ikmal Setiausaha: Zariq Bendahari: Arfinah AJK: Nia dan Zareeq TO-DO-LIST-PHOTOGRAPHER STUDENT CONTEST 1. Cari maklumat tentang tip-tip menangkap gambar yang cantik.
Tema: Vintage "Hmm... Okay. Good! This is your reward. RM100 cash. Remember, don't tell about this to the other if you did'nt want anything happen to both of you!" Tengku Mia memberi dua sampul surat warna merah jambu yang berisi RM100 kepada Emy dan Say. Sempat juga dia memberikan peringatan. Oh ya! Sekali lagi, dia menggunakan bahasa 'orang putih' seakan-akan dia menguasai Bahasa Inggeris. Padahal dia selalu tidak lulus dalam Bahasa Inggeris. The SwittGirl tersenyum gembira. Gembira kejahatan. 'Kau tidak akan menang Arfinah. Tidak akan! Aku tidak akan membiarkan budak macam kau ini menang! Forever!' bisik hati busuk Tengku Mia... Maklumat berada di tangan pihak kejahatan. Pihak kebaikan umpama 'telur di hujung tanduk'! Credit
Template      :  Leyna Lim
Editor           :  Hebakamnur
Best view     :  Google Chrome
Online          :  
Pageviews    :   |
0 Comments:
Post a Comment