Photographer Student
Novel Penulis Kandungan Link Pesanan Follow Dash

  Bab 7 - Penukaran idea
     Posted on Saturday, 5 April 2014 at 00:07 | 0 comment(s)  


   "Good job Zariq. Nasib baik awak ada salinannya." Syaf memuji Zariq. "Kadang-kadang kau berguna juga rupanya." Ikmal menyampuk. Zariq yang masih terkembang-kembang hidungnya berkata, "Apa maksud kau ,Ikmal!" sambil menggenggam penumbuk. "Eh, tiadalah... Gurau sahaja." Ikmal membuat tanda 'peace'. Takutlah itu!

"Guys...Saya rasa saya mahu menukar tema fotografi kumpulan kita." Arfinah berkata dengan wajah yang serius. "Tukar? Kenapa mahu tukar? Bukankah tema vintage sudah bagus? Apa cadangan awak untuk tema yang baru?" bertalu-talu soalan yang dilontarkan oleh kawan-kawannya.

   "Saya baru dapat tahu yang setiap kumpulan satu tema. Temanya tidak boleh sama dengan kumpulan yang lain. Kumpulan The SwittGirl sudah mengambil tema vintage..." Arfinah menjawab pertanyaan mereka dengan nada yang sedih.

   "Hah! Saya ada idea. Bagaimana jika kita pilih tema pastel?"
   "Kumpulan The Fairytalent sudah guna tema itu..."
   "Kalau bright photography?"
   "Sudah ada."
   "Flora?"
   "Sudah ada."
   "Fauna?"
   "Sudah ada yang guna juga."

   Semua cadangan ditolak mentah-mentah oleh Arfinah. "Erm... Bagaimana jika kita gabungkan tema? Ala-ala 2 in 1!" Ikmal memberi cadangan yang luar biasa.

   "Hah? Cuba terangkan." Syaf mengambil buku nota biru lautnya. "Begini, kita ambil dua tema sebagai tema kumpulan kita. Contohnya, vintage dan fesyen. Kita gabungkan kedua-dua tema tersebut." Ikmal memberi penerangan dengan terperinci.

   "Hmm... Bagus juga idea ini. Ada bantahan?" Syaf bersuara.

   'Krik...krik...'

   "Baiklah, tiada sesiapa yang membantah. Jadi, semua setujulah kan? Ada sesiapa yang ada cadangan tema?"

   "Bagaimana jika kampung dan moden?"
   "Terlalu bosan."
   "Fesyen dan laut?"
   "Tidak sesuai."
   "Vintage dan flora."
   "Boring."
 
   Sekali lagi, semua cadangan ditolak mentah-mentah. Belum lagi masak sudah ditolak!

   "Apakata jika pastel dan vintage?" Arfinah mengeluarkan cadangannya. "Saya setuju!" serentak mereka bersetuju.

   "Okay... Jadi, bagaimana untuk memulakannya?"

   "Begini..."

--

   "Tengku Mia, gambar yang awak mahu sudah ada." Tengku Mia yang sedang ralit membaca majalah 'The Gorgeous Fashion'  segera mendongakkan mukanya. Marissa memberi 5 keping gambar kepada Tengku Mia. 

   Tengku Mia tersenyum sehingga menampakkan baris gigi putihnya itu. Memang Tengku Mia seorang yang prihatin dalam bab kebersihan dan penampilan. Malangnya, itu hanyalah luaran. Di dalam?  Penuh dengan kebencian, iri hati dan hasad dengki...


   "Good. I am sure that my teachers will choose us to be the winner. They will be exhilarated with my photos!" Tengku Mia memberi upah kepada Marissa. Marissa mengucapkan terima kasih dan berlalu pergi. Kini, tinggal satu sahaja lagi misi mereka. Misi mensabotaj gambar-gambar yang dirakam oleh mereka!
--

Seminggu kemudian... 



   "Alhamdulillah! Akhirnya projek kumpulan kita siap juga!" kata Syaf dengan hati yang gembira! "Betul itu!" rakan-rakannya mengiakan kata Syaf. Sekarang, mereka hanya perlu menghantar gambar-gambar tersebut kepada  Cikgu Rhozita Che Whan untuk dinilai.

Seminggu sebelum itu...

Misi Merakam Gambar! -Vintage and Pastel-


   Di Singapore...

   Ayah Arfinah iaitu Dato' Azmin telah murah hati dengan  memberi tiket percuma ke Disneyland, Singapore kepada Arfinah, Syaf, Nia, Ikmal, Zariq dan Zareeq. Mereka bercadang untuk 'menjadi fotograper tidak rasmi' disana...


"Kamera... Ready. Cepatlah rakam gambar! Sekejap lagi hujan akan membasahi kita!" Syaf memberi arahan selaku ketua projek. Mereka bergilir-gilir untuk merakam gambar. Kini, giliran Zareeq pula.

   "Iyalah. Sekejaplah... Ramai orang yang lalu-lalang. Susah mahu fokuskan kamera ini." Zareeq memberi jelingan maut campur geram kepada Syaf. 'Ingat senangkah mahu merakam gambar!' bisik hari Zareeq.

   "Okay... 1...2...3!" Zareeq menekan punat yang berwarna biru. Zareeq agak pelik kerana terdapat gambar anjing  tepat-tepat di hadapan kamera. Kelibat Syaf, Arfinah, Nia, Ikmal dan Zariq juga sudah tidak kelihatan.

   'Woff...Woff!' kedengaran bunyi salakan anjing. Zareeq menukar kedudukan matanya. Dia ternampak seekor anjing hitam yang kelihatan bengis. Apa lagi? Zareeq membuka seribu langkah. Sebelum menyelamatkan dirinya, dia sempat lagi berkata, "Anjing comel, anjing comel... Jangan marah iya! Nanti cepat tua!"

   Nasib baik Zareeq ialah atlet sukan Sekolah Tropic Height. Dapat juga menyelamatkan diri. Zareeq ialah atlet sukan sekolah? Itu adalah salah satu sebab mengapa The SwittGirl tidak menyukai kumpulan Arfinah. Bagi mereka, 'The popular be with the popular'. Pentingkan darjat betul!

   Pada hari berikutnya, mereka datang semula untuk merakam gambar. Siap bawa beberapa batang kayu untuk langkah berjaga-jaga. Siap buat papan tanda yang tertulis, 'NO DOG PLEASE. DOING SOME PHOTOSHOOT.' Nasib baik anjing itu tiada.

   Akhirnya, misi menangkap gambar berjaya...

--

   "Inilah hasil tangkapan gambar kumpulan kita. Sekarang, saya serahkan kepada Nia. By the way, saya sudah mencetak salinan supaya jika gambar ini hilang, kita ada penggantinya. Setiap orang akan diberikan salinan." Syaf sungguh berhati-hati dan cermat. Itulah ciri-ciri ketua yang patut dicontohi!

   Tapi jangan contohi sikapnya yang cuai dan selalu meletakkan barang merata-rata tempat iya!

---------------------------------

BOCORAN GAMBAR MEREKA:


  


Nota: Lebih kurang 3 jam untuk menulis bab 7 ini! Walaupun pendek :3





0 Comments:

Post a Comment



Credit
Template      :  Leyna Lim
Editor           :  Hebakamnur
Best view     :  Google Chrome
Online          :  
Pageviews    :