Photographer Student
Novel Penulis Kandungan Link Pesanan Follow Dash

  Assalamualaikum
     Posted on Saturday 25 October 2014 at 16:57 | 0 comment(s)  

0 comment (s) | Jom comment (s)

  Bab 7 - Penukaran idea
     Posted on Saturday 5 April 2014 at 00:07 | 0 comment(s)  

   "Good job Zariq. Nasib baik awak ada salinannya." Syaf memuji Zariq. "Kadang-kadang kau berguna juga rupanya." Ikmal menyampuk. Zariq yang masih terkembang-kembang hidungnya berkata, "Apa maksud kau ,Ikmal!" sambil menggenggam penumbuk. "Eh, tiadalah... Gurau sahaja." Ikmal membuat tanda 'peace'. Takutlah itu!

"Guys...Saya rasa saya mahu menukar tema fotografi kumpulan kita." Arfinah berkata dengan wajah yang serius. "Tukar? Kenapa mahu tukar? Bukankah tema vintage sudah bagus? Apa cadangan awak untuk tema yang baru?" bertalu-talu soalan yang dilontarkan oleh kawan-kawannya.

   "Saya baru dapat tahu yang setiap kumpulan satu tema. Temanya tidak boleh sama dengan kumpulan yang lain. Kumpulan The SwittGirl sudah mengambil tema vintage..." Arfinah menjawab pertanyaan mereka dengan nada yang sedih.

   "Hah! Saya ada idea. Bagaimana jika kita pilih tema pastel?"
   "Kumpulan The Fairytalent sudah guna tema itu..."
   "Kalau bright photography?"
   "Sudah ada."
   "Flora?"
   "Sudah ada."
   "Fauna?"
   "Sudah ada yang guna juga."

   Semua cadangan ditolak mentah-mentah oleh Arfinah. "Erm... Bagaimana jika kita gabungkan tema? Ala-ala 2 in 1!" Ikmal memberi cadangan yang luar biasa.

   "Hah? Cuba terangkan." Syaf mengambil buku nota biru lautnya. "Begini, kita ambil dua tema sebagai tema kumpulan kita. Contohnya, vintage dan fesyen. Kita gabungkan kedua-dua tema tersebut." Ikmal memberi penerangan dengan terperinci.

   "Hmm... Bagus juga idea ini. Ada bantahan?" Syaf bersuara.

   'Krik...krik...'

   "Baiklah, tiada sesiapa yang membantah. Jadi, semua setujulah kan? Ada sesiapa yang ada cadangan tema?"

   "Bagaimana jika kampung dan moden?"
   "Terlalu bosan."
   "Fesyen dan laut?"
   "Tidak sesuai."
   "Vintage dan flora."
   "Boring."
 
   Sekali lagi, semua cadangan ditolak mentah-mentah. Belum lagi masak sudah ditolak!

   "Apakata jika pastel dan vintage?" Arfinah mengeluarkan cadangannya. "Saya setuju!" serentak mereka bersetuju.

   "Okay... Jadi, bagaimana untuk memulakannya?"

   "Begini..."

--

   "Tengku Mia, gambar yang awak mahu sudah ada." Tengku Mia yang sedang ralit membaca majalah 'The Gorgeous Fashion'  segera mendongakkan mukanya. Marissa memberi 5 keping gambar kepada Tengku Mia. 

   Tengku Mia tersenyum sehingga menampakkan baris gigi putihnya itu. Memang Tengku Mia seorang yang prihatin dalam bab kebersihan dan penampilan. Malangnya, itu hanyalah luaran. Di dalam?  Penuh dengan kebencian, iri hati dan hasad dengki...

   "Good. I am sure that my teachers will choose us to be the winner. They will be exhilarated with my photos!" Tengku Mia memberi upah kepada Marissa. Marissa mengucapkan terima kasih dan berlalu pergi. Kini, tinggal satu sahaja lagi misi mereka. Misi mensabotaj gambar-gambar yang dirakam oleh mereka!
--

Seminggu kemudian... 

   "Alhamdulillah! Akhirnya projek kumpulan kita siap juga!" kata Syaf dengan hati yang gembira! "Betul itu!" rakan-rakannya mengiakan kata Syaf. Sekarang, mereka hanya perlu menghantar gambar-gambar tersebut kepada  Cikgu Rhozita Che Whan untuk dinilai.

Seminggu sebelum itu...

Misi Merakam Gambar! -Vintage and Pastel-

   Di Singapore...

   Ayah Arfinah iaitu Dato' Azmin telah murah hati dengan  memberi tiket percuma ke Disneyland, Singapore kepada Arfinah, Syaf, Nia, Ikmal, Zariq dan Zareeq. Mereka bercadang untuk 'menjadi fotograper tidak rasmi' disana...

"Kamera... Ready. Cepatlah rakam gambar! Sekejap lagi hujan akan membasahi kita!" Syaf memberi arahan selaku ketua projek. Mereka bergilir-gilir untuk merakam gambar. Kini, giliran Zareeq pula.

   "Iyalah. Sekejaplah... Ramai orang yang lalu-lalang. Susah mahu fokuskan kamera ini." Zareeq memberi jelingan maut campur geram kepada Syaf. 'Ingat senangkah mahu merakam gambar!' bisik hari Zareeq.

   "Okay... 1...2...3!" Zareeq menekan punat yang berwarna biru. Zareeq agak pelik kerana terdapat gambar anjing  tepat-tepat di hadapan kamera. Kelibat Syaf, Arfinah, Nia, Ikmal dan Zariq juga sudah tidak kelihatan.

   'Woff...Woff!' kedengaran bunyi salakan anjing. Zareeq menukar kedudukan matanya. Dia ternampak seekor anjing hitam yang kelihatan bengis. Apa lagi? Zareeq membuka seribu langkah. Sebelum menyelamatkan dirinya, dia sempat lagi berkata, "Anjing comel, anjing comel... Jangan marah iya! Nanti cepat tua!"

   Nasib baik Zareeq ialah atlet sukan Sekolah Tropic Height. Dapat juga menyelamatkan diri. Zareeq ialah atlet sukan sekolah? Itu adalah salah satu sebab mengapa The SwittGirl tidak menyukai kumpulan Arfinah. Bagi mereka, 'The popular be with the popular'. Pentingkan darjat betul!

   Pada hari berikutnya, mereka datang semula untuk merakam gambar. Siap bawa beberapa batang kayu untuk langkah berjaga-jaga. Siap buat papan tanda yang tertulis, 'NO DOG PLEASE. DOING SOME PHOTOSHOOT.' Nasib baik anjing itu tiada.

   Akhirnya, misi menangkap gambar berjaya...

--

   "Inilah hasil tangkapan gambar kumpulan kita. Sekarang, saya serahkan kepada Nia. By the way, saya sudah mencetak salinan supaya jika gambar ini hilang, kita ada penggantinya. Setiap orang akan diberikan salinan." Syaf sungguh berhati-hati dan cermat. Itulah ciri-ciri ketua yang patut dicontohi!

   Tapi jangan contohi sikapnya yang cuai dan selalu meletakkan barang merata-rata tempat iya!

---------------------------------

BOCORAN GAMBAR MEREKA:

Nota: Lebih kurang 3 jam untuk menulis bab 7 ini! Walaupun pendek :3

0 comment (s) | Jom comment (s)

  Bab 6 - Maklumat terbongkar
     Posted on Friday 4 April 2014 at 04:35 | 0 comment(s)  

'There I was again tonight
Forcing laughter, faking smiles
Same old tired lonely place...' 
Telefon bimbit Tengku Mia mengeluarkan lagu 'Enchanted' yang dinyanyikan oleh Taylor Swift. Tengku Mia yang sedang asyik menonton program realiti tentang kehidupan Harry Style mendengus. 'Siapalah yang menyibuk aku waktu pagi-pagi begini. Hish...' Tengku Mia mencapai telefon bimbitnya yang berwarna merah jambu terang.
   'Aya Eiya'
   Itulah nama yang tertera di skrin telefon bimbit Tengku Mia yang jernih macam kaca! Mungkin Tengku Mia selalu membuat rawatan pada telefon bimbitnya! Tiada calar langsung! 

 ''Hello Miya.''

''Hello Aya... Kenapa awak call saya pagi-pagi buta ini? Saya nak tonton rancangan Harry Style pun tidak sempat!''

"Maaflah saya mengganggu awak. Tetapi saya ada maklumat penting!"

"Apa maklumatnya?"

"Emilya dan Sayara sudah setuju untuk menjadi 'perisik upahan'. Lagipun, mereka juga tidak menyukai Arfinah. Mereka akan memberi maklumat tentang 'kumpulan GEEK' itu esok."

"Okay... Bagus. Tentu mereka tidak akan menang! Suruh Emy dan Say (memandai sahaja memendekkan nama orang -_-) berjumpa dengan kita semua di Secret Recipe Tropic Height"

"Okay... Bye''

"Bye."

   Tengku Mia menekan butang end call. Dia memberi sekuntum senyuman. Bukan senyuman manis tetapi senyuman jahat...

--

Misi Emilya dan Sayara 

   "Kak Mil, cuba cari di bawah laci meja Syafyna." bisik Say perlahan. Emilya terus menuju ke meja  Syaf. "Aha! Jumpa pun." Emilya menjerit dengan gembiranya.

   "Kak Mil, jangan jeritlah. Nanti kalau pengawal keselamatan jumpa kita berdua... Habislah kita!" Say berbisik kepada Emilya.

   "Ops! Maaflah Say. Hihihi... Yang penting, maklumat tentang kumpulan Syaf sudah ditemui." Emilya tersenyum licik. Iya, licik seperti kijang.

   'RM100 akan menjadi milik aku! Dapat juga dilayan baik oleh The Swittgirl!' detis hati Say dan Emilya serentak. Kini, segala-galanya berada di tangan mereka. Segalanya...

--

'Ting...tong...' bunyi loceng rumah Arfinah berbunyi dengan kuat. Arfinah yang sedang asyik membaca buku novel karya Kak Ain Maisarah yang berjudul "Aku Mahu Jadi Hijabistar" tersentak. Arfinah mencapai tudung merah jambu dan memakainya.

   "Eh, Syaf. Kenapa tidak beritahu yang awak mahu datang ke sini?" Arfinah bertanya kepada Syaf. "Maaflah. Saya tidak sempat mahu beritahu. Sebenarnya, saya ingin meminta awak untuk temankan saya ke sekolah sebentar. Buku rancangan photographer kumpulan kita tertinggal di bawah meja saya."

   "Ooo... Baiklah. Masuklah dulu ke dalam rumah saya yang  'blue pink' ini! Heheheheh... Saya mahu bersiap dulu." 

   "Baiklah..."

--
Setibanya mereka di Sekolah Tropic Height...

   "Eh Arfinah, buku itu tiadalah!" Syaf terkejut. Arfinah segera menuju ke meja Syaf. Dia membantu Syaf mencari buku tersebut kerana Syaf bukanlah orang yang boleh diharap sangat dalam bab mencari! Kalau mencari benda, tentu dicarinya hanya sekilas pandang.

   ''Hmm... Tiadalah." Arfinah akhirnya mengalah. "Saya rasa Zariq ada salinan. Dia kan setiausaha." kata Syaf dengan penuh harapan. "Mungkin juga... Saya telefon Zariq dululah..."

   Arfinah mencari telefon bimbitnya di dalam beg tangan merah jambunya. Akhirnya, dia menjumpai telefon bimbitnya.

Setelah beberapa minit...

   "Alhamdulillah... Zariq ada salinannya. Hari Isnin nanti dia beri kepada kita berdua." wajah Syaf yang sedih akhirnya kembali berseri seperti bunga apabila mendengar penjelasan Arfinah. Mereka pulang ke rumah dengan hati yang gembira. Oh ya,  sebelum pulang kerumah, mereka mampir membeli air Cool Blog  bagi menghilangkan kehausan!

--

Keesokan harinya di Secret Recipe...

   "Girls, itu Emy dan Say. Mereka sedang menuju ke sini." teguran Aya membuatkan ahli The SwittGirl yang sedang ralit bermain dengan aplikasi di telephone bimbit mendongakkan muka mereka.

   Kelibat dua orang gadis kelihatan juga. Emilya dan Say tampil bergaya dengan mengenakan exclusive sunglasses dan berpakaian serba merah jambu terang.

   "Which one  is Emy and Say?" dengan angkuhnya, Tengku Mia bertanya. Siap speaking lagi! Tiada langsung sapaan mesra dari dia. Apalagi perkataan 'Assalamualaikum' ataupun 'Hello'. " Hah? Emy? Siapa Emy?" Emilya menunjukkan respon hairannya. Melihat keadaan itu, Aya berkata, "Yang ini Emy dan yang itu pula Say. Emilya, untuk menyenangkan kami untuk memanggil awak, kami panggil awak dengan nama 'Emy' ya."  Emy dan Say hanya tersenyum mendengar penjelasan itu. Tanpa diketahui, jauh di sudut hati mereka, mereka berasa meluat dengan Tengku Mia yang angkuh. Ditambah lagi dengan 'nama timangan baru' Emy.

   "So, where is the information?"  Tengku Mia yang bosan menunggu segera bertanya... Sekali lagi, dengan bahasa asing (bukan bahasa alien ye!). Say segera mengeluarkan buku maklumat kumpulan Arfinah. Tengku Mia terus sahaja merampas buku tersebut dengan gaya acuh tidak acuh. Buku tersebut segera diselaknya.

Photographer Student Contest:
CARTA ORGANISASI:-
Ketua: Syafyna
Penolong: Ikmal
Setiausaha: Zariq
Bendahari: Arfinah
AJK: Nia dan Zareeq

TO-DO-LIST-PHOTOGRAPHER STUDENT CONTEST

1. Cari maklumat tentang tip-tip menangkap gambar yang cantik.
2. Download aplikasi untuk effect gambar. Penting!
3. Mengadakan perjumpaan kumpulan pada hari Selasa, Khamis, dan Sabtu.
4. Gambar mesti diserahkan kepada yang bertugas pada tiga minggu sebelum tarikh tutup pertandingan.
5. Gambar mesti diserahkan kepada guru yang bertugas dengan segera.
6. Meminta Kak Eira (kakak Ikmal) untuk menilai gambar yang telah diambil.

Tugas-tugasanSyaf      Menyediakan peralatan menangkap gambar.
Zariq     Seperti: Kamera, model, dan sebagainya
Ikmal     Mencari strategi untuk menangkap gambar.
Nia        Pencarian di: Internet, jurugambar, kak Eira, dan lain-lain
Arfinah   Mencari software-software yang boleh mencantikkan gambar di komputer, mencuci gambar yang
Zareeq    telah ditangkap, mengedit apa yang perlu digambar tersebut
 
 Tema: Vintage 
    "Hmm... Okay. Good! This is your reward. RM100 cash. Remember, don't tell about this to the other if you did'nt want anything happen to both of you!" Tengku Mia memberi dua sampul surat warna merah jambu yang berisi RM100 kepada Emy dan Say. Sempat juga dia memberikan peringatan. Oh ya! Sekali lagi, dia menggunakan bahasa 'orang putih' seakan-akan dia menguasai Bahasa Inggeris. Padahal dia selalu tidak lulus dalam Bahasa Inggeris.

    The SwittGirl tersenyum gembira. Gembira kejahatan. 'Kau tidak akan menang Arfinah. Tidak akan! Aku tidak akan membiarkan budak macam kau ini menang! Forever!' bisik hati busuk Tengku Mia...

   Maklumat berada di tangan pihak kejahatan. Pihak kebaikan umpama 'telur di hujung tanduk'!

0 comment (s) | Jom comment (s)

  Photographer Student : Bab 5 - Perisik Upahan?
     Posted on Sunday 3 November 2013 at 18:07 | 0 comment(s)  

   "Huarghh... Mengantuknya" Arfinah mengeliat sendiri. Dia mengambil jam locengnya yang berada di laci sebelah tilamnya. "Hah! Sudah pukul 12 tengahari? Alamak!" Afinah terkejut kerana jam loceng tersebut telah menunjukkan angka 12 tepat.

   Dia segera mengambil tuala dan mandi dengan sepantas kilat. Dia telah berjanji bersama rakan-rakannya untuk pergi ke Pizzahut bagi berbincang untuk pembahagian tugas. Setelah 3 minit berlalu... (amboi cepatnya mandi!) Dia pun selesai mandi.

Sementara di Pizzahut...

   "Hissh... Mana Arfinah ini? Lambatnya dia." dengus Zareeq. "Relaxlah Zareeq, sekejap lagi dia sampailah." jawab Nia. 

   Setelah beberapa minit menunggu, akhirnya Arfinah sampai juga di destinasi yang ingin dituju. "Hah, panjang umur awak." spontan Zareeq berkata. "Hehehe... Maaflah. Tadi saya terlambat bangun." Arfinah meminta maaf. "Hmm... Iyalah." kata Zareeq.

   "Okey, sekarang kita mahu berbincang ataupun makan dahulu?" "Berbincang!" "Makan!" 

   "Nampaknya ramai yang memilih untuk makan tetapi saya rasa lebih baik kita berbincang dahulu." kata Syaf. "Baiklah." jawab mereka semua. 

Setengah jam berlalu...

  " Baiklah, nampaknya kita sudah ada keputusan untuk tema foto kumpulan kita. Temanya ialah "Vintage"." kata Syaf. Keputusan itu diterima sebulat suara oleh semua ahli kumpulan. Zariq berkata. "Bagaimana pula dengan tugasan?"

   "Jangan risau, saya sudah siapkan pembahagian tugasan untuk kumpulan kita." jawab Ikmal dengan spontan. Ikmal mengambil sekeping manila kad yang bewarna biru dan didamparkan ke atas meja.

Tugas-tugasan
Syaf      Menyediakan peralatan menangkap gambar.

   Selesai membaca tugasan tersebut, Ikmal berkata. "Semua setuju?"

   "Setuju!"

--

Manakala di rumah Tengku Mia...

   "Saya sudah mendapatkan beberapa calon untuk menjadi perisik upahan." kata Suraya Hina atau nama pendeknya, Aya. "Baiklah, bagus. Siapakah calon-calon tersebut? Berapa orang?" tanya Tengku Mia.

   "Ini butiran mereka." Aya mengambil buku nota merah jambunya.

Calon-calon Perisik Upahan
1. Ahmad Haiqmal bin Ahmad HairhamKelas: 3 Transform
2. Emilya Darwinah binti Dato' Engku RazilKelas: 3 Afektif
3. Sayara Hina binti MuzhaiminKelas: 2 Transform

   Setelah beberapa minit Tengku Mia meniliti butiran tersebut, Tengku Mia berkata. "Saya rasa, kita patut memilih 2 orang sahaja untuk menjadi perisik upahan. Saya memilih Emilya Darwinah kerana dia berada di kelas yang sama dengan Arfinah dan kumpulannya yang geek itu dan Sayara Hina." 

   Keputusan Tengku Mia dipersetujui oleh semua ahli kumpulan. 

   "Aya, nanti awak berbincang dengan Emilya dan Sayara mengenai tawaran ini. Saya akan memberi mereka RM100 jika mereka berjaya mengumpulkan maklumat yang tepat." Aya hanya mengangguk seperti burung belatuk.

   "Mmm... Bagaimana pula dengan persediaan kumpulan kita? Bukankah kita juga menyertai Photographer Student Contest? Kita belum lagi berbincang mengenai pertandingan ini." bertalu-talu soalan yang ditanya oleh Wida Hemilda atau singkatannya, Wida. 

   "Perkara itu kita jangan fikirkan. Kita hanya duduk goyang kaki sahaja. Jangan risau, saya akan mengupah seseorang untuk menjadi jurugambar kita. Biar dia sahaja yang tolong menangkapkan gambar untuk pertandingan itu. Kemudian, dia akan memberi kita gambar yang ditangkap olehnya." jawab Tengku Mia dengan senyuman lebar.

--

Keesokan harinya...

   "Test 1, test... Test... Okey. Assalamualaikum semua, kepada sesiapa yang berminat menyertai Photographer Student Contest, sila hantarkan butiran seperti berikut kepada Cikgu Rozhita Che Whan.

Nama ketua kumpulan:
Ahli:
Kelas:
Tema:
Warna tema:
  
   Sekian terima kasih." pengunguman yang dibuat oleh Puan Hanna Rohana membuatkan semua murid Sekolah Tropic Height berlumba-lumba untuk menulis butiran tersebut untuk dihantar kepada Cikgu Rozhita Che Whan dengan secepat mungkin.

   Di bilik guru, Cikgu Rozhita dikerumuni oleh pelajar-pelajar yang ingin menghantar butiran kumpulan mereka. 'Fuh, terasa seperti selebriti pula aku ini.'  kata hati Cikgu Rozhita. Cikgu Rozhita selalu berangan untuk menjadi selebriti terkemuka di tanah Malaysia ini. Ish...Ish...Ish...

0 comment (s) | Jom comment (s)

  Photographer Student : Bab 4 - Misi The SwittGirl
     Posted on Friday 16 August 2013 at 19:43 | 0 comment(s)  

Nia memandang sayu sekeping kertas yang dipegangnya. "Kenapa aku yang dapat! Kenapa aku juga!" Nia membaling jam loceng yang berada di atas meja belajarnya. Habis bertaburan komponen-komponen jam loceng di atas lantai.

   Ibunya yang terdengar bunyi jam loceng pecah segera pergi ke bilik Nia yang berada di tingkat dua. "Astaghfirullah Nia! Kenapa jadi macam ini?" Datin Hayani terkejut melihat keadaan Nia. Dia sudah tahu puncanya apabila melihat Nia memegang sekeping kertas.

   Kertas itu ialah kertas kesihatan Nia. Nia yang selama ini kelihatan ceria sebenarnya mempunyai rahsia. Rahsia yang melibatkan soal hidup dan mati. Nia sebenarnya mempunyai penyakit lemah jantung sejak kecil lagi. Hanya keluarga dan saudara-maranya yang tahu tentang penyakit Nia. Rakan-rakannya terutama Syaf dan Arfinah tidak tahu tentang penyakit Nia ini.

   Ibunya memeluk Nia. Keadaan kesihatan Nia sudah kritikal! Nia di jangka akan menghembuskan nafas terakhirnya bila-bila masa sahaja. Keluarganya turut bersedih akan keadaan Nia.

   "Ini sudah ketentuan Ilahi, Nia. Ibu juga sedih ketika mendengar apa yang doktor katakan. Tapi, ini ketentuan Ilahi. Kita hanya perlu berusaha."

   "Tapi ibu, kenapa Nia juga? Kenapa Nia yang perlu menghadapi semua ini?" perlahan-lahan butir-butir halus air matanya menitis terus ke pipinya. "Ibu juga tidak mahu semua ini." ibunya turut menitiskan air mata. Kini dua anak-beranak itu menangis dan berpelukan sesama sendiri...

--

"Okey, ini senarai rancangan sabotaj yang kita akan jalankan kepada kumpulan Arfinah dan kumpulannya yang geek itu." Tengku Mia mengeluarkan selembar kertas A4 yang bewarna merah jambu.

To Do List Sabotage things!
1. Mengupah seorang murid untuk mencari maklumat dan rancangan kumpulan Arfinah untuk pertandingan "Photographer Student Contest".
2. Mensabotaj gambar yang mereka tangkap. Jadikannya tidak berkualiti, tidak jelas, dan sebagainya.
3. Melambatkan kerja mereka/ menghalang.
4. Memperdayakan Cikgu Rozhita Che Whan dengan memberitahu Cikgu Rozhita yang gambar kumpulan Arfinah adalah bukan gambar yang ditangkap oleh mereka.
5. Pastikan mereka tidak akan berjaya!
   Selesai The SwittGirl membaca kertas To Do List Sabotage Things itu, Adriana Hakilah atau nama singkatnya Riana bersuara. "Mia, saya hendak tanya tentang rancangan sabotaj ini. Why we have to do it? Tidak semestinya mereka akan menang bukan?"

   Mia menjawab dengan tenang. "Memang mereka tidak semestinya menang. Tetapi, saya pernah singgah di rumah Arfinah. Ibu bapa saya dan ibu bapa Arfinah ialah kenalan. Sewaktu itu ibu dan bapa saya datang ke rumah Arfinah untuk berbincang tentang syarikat mereka. Ketika itu Arfinah tiada di rumah. Dia sedang berada di rumah Syafyna. Saya ternampak sebuah kamera di atas meja. I take it an look the picture. Gambar-gambarnya sangat cantik! Ibu Arfinah ataupun Datin Shahayiah berkata yang gambar-gambar itu di ambil oleh Arfinah sendiri. That's why we have to sabotage Arfinah group!"

   The SwittGirl mengangguk serentak. Syaitan sudah mula membisikkan sesuatu yang jahat ke The SwittGirl/

--

  'We were both young when I was saw you. I close my eyes and the flashback start. I'm standing...'
Lagu Love Story yang dinyanyikan oleh Taylor Swift memecahkan kesunyian rumah Nia. Nia yang sedang menyapu sampah segera mendapatkan telefon bimbitnya.

   "..."

   "Waalaikumsalam Arfinah. Kenapa?"

   "..."

   "Baiklah. Saya datang nanti."

   "..."

   " Waalaikumsalam. Bye..."

   Nia menekan punat merah. Dia mengambil beg tangannya yang bewarna biru laut. Dia memasukkan telefon bimbitnya, buku nota, pen bewarna-warni, dan barang keperluannya yang lain. Dia menyudahkan tugasan menyapu sampah. Walaupun Nia mempunyai pembantu rumah, dia tetap berkeras mahu menyapu sampah. Nia ialah gadis yang rajin. Dia memakai pakaian serba biru laut. Dia memang penggemar warna biru laut. 

--
Di rumah Syaf...

"Jadi, hari ini kita akan berbincang untuk pertandingan Photographer Student Contest. Semua sudah datang?" Syaf memulakan bicaranya. "Belum. Ikmal belum datang lagi." kata Nia dan Zariq serentak. 

   Apabila menyedari yang seluruh kumpulan memandang mereka, mereka sudah merah-merah mukanya. "Manalah Ikmal ini." Syaf merungut sendirian. "Assalamualaikum!" kedengaran suara seorang lelaki memberi salam. 

   "Hissh kau ini. Kenapa lambat. Nasib baik janggut aku tidak tumbuh semasa menunggu kau." Zareeq memuncungkan mulutnya. Sudah seperti perempuan pula.

   "Maaflah. Tadi aku tertidurlah." jawab Ikmal selamba. "Hmm... Baiklah. Kita mulakan perbincangan. Kita akan menyeneraikan senarai perkara yang  kita perlu buat. Selepas itu, kita akan membahagikan tugasan." Syaf memberi arahan. 

   Selepas 15 minit mereka berbincang. Mereka sudah menerima kata sepakat. 

To Do List for Photographer Student Contest  

    "Siapa yang akan membahagikan tugasan?" tanya Zariq. "Kita tentukan dahulu carta organisasi kumpulan," jawab Syaf.

Carta Organisasi
Ketua: Syafyna Maira binti Dato' Saidina Abidin
Penolong: Ikmal Adham bin Dato' Sulaiman
Setiausaha: Zariq Haikal bin Dato' Muzamir
Bendahari: Arfinah Bella binti Dato' Azmin
AJK: Nia Haina binti Dato' Razzali dan Zareeq Haikal bin Dato' Muzamir

   "Ini carta organisasi kita. Setuju?" kata Zariq. "Setuju!" satu kumpulan memberi kata sepakat. "Tetapi, kenapa aku juga yang perlu menjadi ketua?" Syaf menjawab. "Memanglah, kau sahaja yang mempunyai sifat bertanggungjawab, amanah, dan berkaliber." Zariq berkata dengan penuh semangat. "Okey..." jawab Syaf perlahan tetapi tajam di dengari oleh setiap ahli kumpulannya.

   Nia mengangkat tangannya tanda ingin mengajukan soalan. "Bagaimana pula dengan nama kumpulan?" Nia memberi tanda soal. "Hmm... Sesiapa ada cadangan?" tanya Syaf.

   Zareeq mengangkat tangannya. "Kalau The Normal Students?" Ikmal membantah.

   "Hishh... Mana boleh. Itukan nama salah satu kumpulan di Sekolah Alam Cahaya!"

   "Oh yeke? Maaf, maaf." Zareeq mengalah.

   "Saya rasa kita fikirkan nantilah tentang nama kumpulan. Tentang tugas pula, saya serahkan kepada Ikmal untuk membahagikan tugasan. Esok, kita akan bincang lagi di..." belum sempat Syaf menyambung ayatnya, Nia mencelah.

   "Di Pizzahut! Esok ibu saya ajak kamu semua makan tengahari di Pizzahut. Jangan risau, ibu saya yang akan sponsore semua." seluruh kumpulan bersorak. "Yeay!"

   Zareeq menyambung. "Scooby dooby doo!" seisi rumah tergelak.

   "Alamak, sudah hampir pukul 7 malamlah! Jom balik."

   "Haahlah! Assalamualaikum, bye."

   "Waalaikumsalam, bye."

   Semua menuju ke rumah tercinta masing-masing.

   'Mungkin inilah kali terakhir aku boleh bersuka-ria dengan mereka...' kata Nia di dalam hatinya. "Nia! Tunggulah saya." jerit Arfinah dari belakang. "Maaflah. Saya tidak sedar pula saya tertinggalkan awak. Hehehe..."

0 comment (s) | Jom comment (s)

  Photographer Student : Bab 3 - Photographer Student Contest
     Posted on Saturday 20 July 2013 at 23:57 | 0 comment(s)  

"Arfinah, Nia! Cuba awak berdua tengok poster di situ." Syaf menjuihkan bibirnya kearah papan kenyataan Sekolah Tropic Height yang berada di laluan ilmu. Arfinah dan Nia yang tekun membaca novel penulis terkenal iaitu Ain Maisarah segera pergi bersama Syaf untuk melihat poster yang ditunjukkan oleh Syaf. 

                                            Photographer Student Contest

Pihak sekolah telah menganjurkan sebuah pertandingan iaitu "Photographer Studet Contest" yang akan berlangsung pada minggu depan. Di poster ini tertera butiran-butiran tentang pertandingan ini.

Butiran Pertandingan-
Tarikh Mula : 14 Mei
Tarikh Tamat : 12 Jun
Pihak Penaja : - PIBG Sekolah Tropic Height
                        - Tropic Height Photographer Studio
                         - Victor Bezrukov (Jurugambar terkenal di dunia!)
                         - Izzue Slam (Artis baru TV30)
Syarat-- Terbuka kepada murid tingkatan 3,4,5, dan 6 sahaja
- Perlulah secara berkumpulan. ( 1 kumpulan 6 orang )
- Hantar 6 keping gambar yang diambil kepada Cikgu Hanna Rohana dan Cikgu Hamdan Adam
- Gambar perlulah ditangkap oleh setiap ahli kumpulan. JUJUR
- Hantar gambar sebelum 12 Jun
- Pemenang diumumkan pada 15 Jun
Hadiah- (Pemenang hanya satu kumpulan sahaja)
- 6 tiket penerbangan ke London dan Paris
- Belajar tentang cara menjadi jurugambar terkenal dari Victor Bezrukoz
- Bercuti di London  bersama Victor Bezrukoz dan Izzue Slam
- Wang tunai RM500 seorang
- Kamera Nikon setiap seorang
- Berpeluang memasuki rancangan TV 30
Guru yang terlibat-- Puan Hanna Rohana
- Cikgu Hamdan Adam
- Cikgu Rozhita Che Whan
*Gambar peserta akan dinilai sendiri oleh tiga cikgu yang terlibat, Izzue Slam, dan Victor Bezrukoz
   "Wah! The prize is lucrative. Saya rasa kita bertiga patut masuklah." kata Syaf setelah mereka membaca poster itu. "Saya setuju! Tetapi, saya tidak ada kamera dan tidak pandai mengambil gambar." Nia membalas kata Syaf. "Hmm... Tidak mengapa, saya ada dua kamera jenama Nikon. Arfinah, awak mahu ikut serta? Lagipun, awak kan pandai menambil gambar. Semua gambar-gambar awak memang menakjubkan!" Syaf memujuk Arfinah supaya ikut serta.

"Hmm... But I'm not sure I can do it, Syaf."

"You have not tried yet. Just try it"

"Our chances of winning are very bright"

   Syaf dan Nia memujuk Arfinah. "Okey..." Arfinah menjawab dengan perlahan tetapi sungguh kedengaran di telinga Syaf dan Nia.

   Tiba-tiba... "Hey, give away, The SwittGirl want to past." suara Tengku Mia Sarah Nasih kedengaran. 'Gediknya...' kata hati Nia. Dengan lenggang-lenggoknya kumpulan The Swittgirl berjalan kearah poster tersebut. Murid-murid yang berada di situ memberikan laluan kepada The SwittGirl dengan perasaan geram, marah, dan meluat!

   Selepas membaca poster tersebut, Riana berkata. "What..! We can go vacation to London and Paris? With Izzue Slam and Victori Bezrukoz!" semua ahli The SwittGirl juga seperti tidak percaya. Tengku Mia Sarah Nasiha mengoyakkan salah satu poster tersebut dari papan kenyataan.

   Arfinah geram dengan tindakan Tengku Mia lalu pergi kearah Tengku Mia. "Hey! Mana boleh koyak poster sekolah sesuka hati. Itu sudah melanggar undang-undang sekolah!" Arfinah meninggikan suaranya keatas Tengku Mia.

   Tengku Mia menjelingkan matanya dan berkata. "How there you speak to me like that! You have no right to say so to me."  Arfinah merenung tajam muka dia. "Mengapa pula? Awak itu anak raja kah sampai saya tiada hak untuk berkata begitu." Arfinah membalas.

 Mereka berdua seperti berdebat pula.

   Melihat Arfinah dan Tengku Mia seperti mahu memulakan perang dunia ke-3, Nia dan Syaf cepat-cepat menarik Arfinah jauh dari Tengku Mia.

   "You don't know that i'm Dato' Hisyam Izham daughter? Do you want me to repote to my father? My father had a great influence on the welfare of this school!" Arfinah sudah menggenggam buku lima ditangannya.

   "Calm down, Mia. She'll regret it later." Suraya menenangkan Tengku Mia. "Let's go from here." kata Aina pula. Kumpulan The SwittGirl berjalan keluar untuk ke kantin sekolah. Sempat lagi Tengku Mia mengeluarkan cermin mata hitam berjenama Bonia dan memakainya.

                                                           --

"Syaf! I have something to talk with you." kata Zareeq apabila Syaf baru sahaja mahu keluar dari kelas. "Awak sudah baca poster di papan kenyataan itu kan?" Zareeq memulakan perbincangan.

   "Iya, kenapa?" tanya Syaf. "Kumpulan awak sudah cukup enam orang?" Zareeq bertanya kepada Syaf. "Belum." jawab Syaf pendek. "Apa kata kita berdua gabungkan kumpulan saya dan awak. Saya, Zariq, dan Ikmal sudah bercadang untuk bergabung dengan awak, Nia, dan Arfinah." Akhirnya Zareeq menyatakan hasratnya. "Mmm... I need to talk with Nia and Arfinah. I'll call you later." Syaf mengukir senyuman kepada Zareeq. "Okey. Bye" Zareeq mencapai beg sekolahnya dan pergi keluar dari kelasnya untuk pulang ke rumah.

                                                         --

   Zareeq mencapai telefon bimbitnya. Dia mencari nama Ikmal di dalam bahagian contact. Dia menekan punat hijau.

'You'r insecure. Do not what for..." kedengaran lagu One Direction berbunyi. Ikmal mengangkat telefon bimbitnya dan menekan punat hijau.

"Assalamualaikum, Ikmal."

"Waalaikumsalam Zareeq. Kenapa kau call aku?"

"Syaf tadi cakap, dia kena tanya Nia dan Arfinah dulu."

"Eh, kau cakap tentang apa ini? Tanya apa?"

"Oi. Bukankah kau suruh kumpulan kita dengan kumpulan Syaf bergabung untuk 'Photographer Student Contest'."

"Oo. Sorrylah bro. Aku lupa."

"Jadi, kau pasti ke yang kau nak kumpulan kita bergabung dengan kumpulan Syaf. Perempuan kan ada banyak kerenah."

"Gabung sajalah kumpulan dengan Syaf. Macamlah kau tidak kenal Syaf. Dia kan tidak mengada-ngada seperti kumpulan The SwittGirl."

"Okeylah , bye. Aku nak sembahyang dulu. Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam."

   Ikmal menekan punat merah. Dia baring di katilnya. 'Tok.Tok.Tok.' pintu bilik Ikmal diketuk. "Masuklah." kata Ikmal.

   Kakaknya, Kak Eira memasuki bilik Ikmal yang serba biru. Sejuk mata apabila memandang bilik Ikmal yang serba biru.

   "Kenapa kamu seperti risau saja." Kak Eira memulakan perbicaraan. "Tiada apa-apalah kak. Cuma, boleh tidak Ikmal meminta tolong daripada akak?" Ikmal berkata kepada kakaknya.

   "Minta tolong apa?" Eira bertanya sambil mengerutkan dahinya.

 "Kak Eira pandai dalam bidang menangkap gambar bukan? Jadi, boleh tidak Kak Eira bantu Ikmal belajar menangkap dan mengedit gambar."

"Boleh saja. Kenapa tiba-tiba mahu belajar?" Eira bertanya lagi kepada adiknya. Adiknya memang tidak pernah menunjukkan minat kepada photographer. "Begini..." Ikmal memberitahu berkenaan pertandingan itu dari A ke Z.

   "Ooh... Lumayan juga hadiahnya."

   "Memang pun, itulah sebabnya Ikmal hendak menang."

   "Boleh, tetapi ada syaratnya."

   "Syarat apa pula?"

   "Jika kumpulan kamu menang, kamu minta tandatangan Izzue Slam dengan Victor Bezrukoz iya." Eira menyegitkan matanya. Memang kakaknya meminati Victor Bezrukoz. Kakaknya juga peminat tegar Izzue Slam.

   Jika kakaknya sedang menonton cerita 'Saya Sebenarnya Suami Dia' gandingan Izzue Slam dan Tiz Zaqiyah memang tidak berkelip mata! Katanya, Izzue Slamlah putera idamannya. Gatal juga kakak Eira.

0 comment (s) | Jom comment (s)

  Photographer Student : Bab 2 - Zariq, Zareq & Ikmal
     Posted on Wednesday 17 July 2013 at 03:24 | 0 comment(s)  

Arfinah merenung kearah kamera berjenama Niccon miliknya. Kamera itu ialah pemberian sahabatnya di Paris iaitu Jannet. Memang menangkap gambar ialah hobi Arfinah dan Jannet. Mereka pernah dipuji kecantikan gambar yang mereka tangkap oleh seorang photographer. "I wish I have someone hwo..." lagu Spring Love yang dinyanyikan oleh Big Baby Driver berbunyi. Arfinah mengambil telefon bimbitnya dan menekan punat hijau.

"Assalamualaikum. Kenapa Syaf?"

"..."

"Baiklah. Saya segera kesana."

"..."

"Bye... Assalamualaikum."

"..."

   Arfinah pergi ke ruang tamu untuk bertemu dengan Datin Shahayiah iaitu ibu kandungnya. Arfinah meminta izin untuk kerumah Syaf yang terletak selang beberapa rumah sahaja. Setelah mendapat lampu hijau dari ibunya. Dia segera mencapai beg tangannya dan menunggang basikal kerumah Syaf.

                                                                              --

"Kenapa awak jemput saya kesini, Syaf?" tanya Arfinah dengan hairan. "Saya mahu kenalkan awak dengan rakan-rakan saya. Sekejap lagi sampailah mereka." jawab Syaf sambil menghidangkan jus berperisa oren.

Beberapa minit kemudian...

   "Assalamualaikum... Syaf!" kedengaran suara orang memberi salam. "Waalaikumsalam. Jemputlah masuk." jerit Syaf. Syaf mengambil alat kawalan dan menekan punat hijau. Dengan automatik pintu pagar rumah Syaf terbuka. Nia dan tiga orang budak lelaki memasuki rumah Syaf.

   Arfinah hanya memandang wajah ketiga-tiga budak lelaki itu. Kembar! Ia, itulah yang bermain difikiran Arfinah. "Ada apa awak ajak kami kesini, Syaf?" tanya seorang budak lelaki. "Saja... Mahu meluangkan masa. Lagipun, kita ada kawan baru! Nama dia Arfinah. Dia baru sahaja pindah dari kota feshen iaitu Paris." Ketiga-tiga budak lelaki itu memandang tepat kearah muka Arfinah. Arfinah hanya tersenyum,

   "Assalamualaikum semua. Nama saya Arfinah Bella binti Datuk Azmin. Panggilan mesra ialah Arfinah." Arfinah memperkenalkan dirinya. Tiga budak lelaki itu hanya mengangguk.

   "Nama saya Zariq Haikal bin Datuk Muzamir dan ini kembar saya, Zareeq Haikal bin Datuk Muzamir. Yang berbaju coklat ini pula bernama Ikmal Adham bin Datuk Sulaiman." Zariq menjadi wakil lelaki disitu. "Baiklah kita sudah berkenal-kenalan. Jadi, mari kita makan dahulu!" Syaf mengajak mereka untuk menikmati juadah yang disediakan oleh Mak Husna, bibik Syaf.

                                                                            --

   "Selamat datang ke Sekolah Tropic Height. Saya ialah Puan Aminah binti Abdullah, guru kelas kamu yang baru. Mari saya bawa kamu kekelas kamu." Cikgu Aminah selaku guru kelas 3 Afektif membawa Arfinah ke kelas 3 Afektif.

   "Bangun kelas!" kedengaran suara lantang Ikmal Adham selaku ketua kelas 3 Afektif. "Assalamualaikum cikgu." selesai Ikmal memberi ucapan, Cikgu Aminah menyuruh seisi kelas duduk. Ikmal Adham memang seorang ketua kelas yang bertanggungjawab. Sebenarnya, pada awal tahun seisi kelas sudah membuat undian ketua kelas dan pemenangnya adalah Upih Ipih. Tetapi, dia telah diberhentikan sebagai ketua kelas kerana bersikap kebudak-budakkan! Hampir semua perkara sama dengan cerita animasi Upin & Ipin Dan Kawan-kawan. Apabila guru masuk, ucapan Assalamualaikum seperti gaya Ehsan! Sudahlah cikgu yang masuk ialah cikgu 'Singa Betina' iaitu Cikgu Amni. Didenda seisi kelas disebabkan hal itu.

   "Baiklah, hari ini kita ada pelajar baru yang bernama Arfinah. Arfinah, kenalkan diri kamu." ujar Cikgu Aminah. Arfinah yang agak pemalu mengeluarkan suaranya. "Assalamualaikum. Nama saya Arfinah Bella binti Datuk Azmin. Gembira dapat bertemu kalian." semua pelajar kelas 3 Afektif merenung tajam muka Arfinah yang putih melepak itu.

   "Arfinah baru mengikuti ayahnya pulang ke Malaysia. Sebenarnya, dia tinggal di Paris. Tetapi telah mengikut ayahnya ke sini. Arfinah, kamu boleh duduk disebelah Nia." Cikgu Aminah bersuara. Arfinah yang memakai beg berjenama Adidas segera ke kerusi kosong disebelah Nia. Dia gembira kerana Cikgu Aminah telah menempatkannya disitu.

   "Dapat pun saya duduk disebelah awak. Tidaklah saya keseorangan." Nia menguntumkan senyuman yang mekar ke Arfinah. "Heheheh... Saya pun gembira. Dapatlah kita berkongsi ilmu." jawab Arfinah.

   "Cuba awak tengok si budak baru itu. Saya tidak sukalah! Mentang-mentanglah duduk di Paris, semua orang memerhatikan dia." rungut Tengku Mia Sara Nasiha binti Datuk Nor Azman. Tengku Mia ialah perempuan paling diva dan popular disekolahnya. Ayahnya ialah penyumbang besar bagi PIBG Sekolah Tropic Height. Dia juga ketua kumpulan paling popular iaitu The SwittGirl. "Haahlah. Dia pun anak datuk kan, tapi saya tengok gaya dia biasa-biasa sahaja. Bukan seperti kita, lebih bergaya, anggun , popular!" Wida membalas kata Tengku Mia dengan gediknya. Ahli The SwittGirl yang lain hanya mengangguk perlahan tanda setuju dengan kata-kata Wida. Tengku Mia hanya memberi jelingan maut ke Arfinah. Tanda tidak puas dihatinya masih ada.

                                                                       --

   "Zareeq, Zariq!" laung Ikmal dari belakang. Kelihatan Ikmal sedang mengejar mereka berdua. "Awak tahu kan budak baru itu?" tanya Ikmal kepada mereka." Tentulah tahu, bukankah saya yang mengenalkan kita semua kepadanya?" jawab Zariq dengan selamba. "Dia cantik bukan?" Ikmal berkata dengan spontan. "Eh, kawan kita yang seorang ini sudah kena penanah hati ke?" Zareq mengejek Ikmal. Sudah sah-sah yang Ikmal menyukai Arfinah. Sebenarnya, bukan Ikmal sahaja. Malah, Zariq juga menyukai Arfinah!

   "Mana adalah! Bila masa aku suka Arfinah?" Ikmal menafikan hatinya. "Tengok muka saja sudah tahulah!" Zareq menjelirkan lidahnya ke Ikmal. "Ikmal suka Arfinah?" tiba-tiba sahaja suara Syaf muncul dari belakang. Mereka bertiga menoleh kebelakang. Ada Syaf, Nia, dan Arfinah! Ikmal sudah mahu pitam sahaja.

   "Apalah awak semua ini. Kita kan masih kecil lagi. Mana boleh bercinta!" Syaf sudah menjadi ustazah melayu terakhir! Itulah sikap Syaf yang disegani ramai. Jikalau mereka melakukan perkara yang bertentangan dengan agama, tentu Syaf menasihati mereka. "Erk! Mana ada. Kami gurau saja. Kan Zareq?" Ikmal sudah berselindung. Mahu sahaja dia sembunyi bawah selimut.

   "Err... Entahlah. Hehehehe..." Zareeq tidak memberitahu perkara yang sebenar. "Sudahlah! Saya mahu pulang. Petang ini kita ulangkaji di taman sekolah iya." Nia sudah tidak tahan dengan mereka. "Saya setuju!" kata Arfinah. Dia sebenarnya mahu sahaja berlari pulang kerumah kerana malu. Malu-malu kucinglah katanya.

   Syaf juga mengangguk. "Okey." jawabnya pendek. "Nia, Syaf. Awak berdua mahu menumpang kereta saya?" tanya Arfinah. "Mmm... Tidak mengapalah. Lagipun sudah lewat ini." Nia merenung tajam jam tangannya. Tiga lelaki yang telah disumpah menjadi batu terus berkata. "Bye..." Mereka berlari sepantas Super 3G, watak novel Ain Maisarah. Arfinah, Syaf, dan Nia mula berpecah kehaluan masing-masing.

Paris | via Tumblr

Credit
Template      :  Leyna Lim
Editor           :  Hebakamnur
Best view     :  Google Chrome
Online          :  
Pageviews    :